Baju Merah Jambu Untuk Bantu Raja


BANGKOK: Rakyat Thailand semalam memakai baju berwarna merah jambu kerana percaya warna itu boleh membantu meningkatkan kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej yang berada dalam keadaan tidak stabil.

Istana pada Ahad lalu memberitahu, Bhumibol berada dalam keadaan tidak stabil selepas menjalani rawatan hemodialisis di hospital.

Alat ventilator terpaksa digunakan selepas tekanan darah Bhumibol, 88, turun mendadak.


Istana jarang mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan keadaan kesihatan Bhumibol yang kurang stabil.

Kebiasaannya, istana mengeluarkan kenyataan selepas keadaan kesihatan Bhumibol semakin baik.

Sejak kenyataan itu dikeluarkan, mesej disebar di laman sosial bagi menggesa rakyat Thailand memakai pakaian berwarna merah jambu.

Merah jambu menjadi warna penting beberapa tahun lalu selepas seorang tukang tilik diraja memberitahu warna itu baik untuk Bhumibol.

Bhumibol yang juga pemerintah paling lama di dunia juga sering dilihat memakai baju berwarna merah jambu ketika berada di tempat awam. - Reuters

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA