#Bajet2017 : Sarawak Masih Perlu Banyak Peruntukan Untuk Pembangunan - Shafiee


KUCHING: Pembentangan Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 21 Oktober ini sudah pasti memberi harapan yang tinggi kepada rakyat Sarawak.

Di Sarawak khasnya, masih banyak lagi pembangunan dan infrastruktur dikawasan luar bandar yang perlu dinaik taraf untuk keselesaan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad berkata, beliau berharap peruntukkan kepada negeri Sarawak ditambah khususnya untuk pembangunan luar bandar seperti yang dimohon Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

“Sarawak masih memerlukan banyak peruntukkan khususnya dalam membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar,”

“Oleh itu, saya berharap peruntukan untuk pembangunan yang berteraskan kesejahteraaan rakyat seperti menambahbaik kemudahan asas, menaik taraf sekolah dan klinik-klinik desa di luar bandar harus diberi keutamaan dan ditambah baik daripada tahun-tahun sebelum ini,” katanya kepada Sarawakiana ketika ditanya mengenai harapan beliau untuk bajet tahun ini.

Pada Bajet 2016 yang lepas, sebanyak RM5.97 bilion telah diperuntukkan kepada negeri Sarawak dan 74 peratus daripadanya dikhususkan kepada perbelanjaan pembangunan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA