#Bajet2017 : Ramai Kritik Tindakan Pembangkang Keluar Dewan



TINDAKAN PAS tidak mengikut permainan persepsi DAP, PKR dan PAN serta sekutunya untuk keluar dewan bukanlah bermakna parti itu “pemakan dedak”.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, tidak semua perkara PAS bersetuju dengan BN. Namun ia haruslah diselesaikan secara baik dan ilmiah.

“Ada perkara yang kita tak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita adalah dengan mengemukakan pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

“Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet,” katanya kepada pihak media.

Tambahnya lagi, peraturan dalam Dewan Rakyat jelas sekiranya kita tidak bersetuju dengan bajet maka setiap ahli boleh mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian.

Jelaslah bahawa PAS tidak mencampuri dan terlibat dengan perancangan kebudak-budakan oleh ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet 2017 di Parlimen.

Terdahulu semasa Najib sedang membentangkan bajet, kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan telah bertindak keluar dewan sambil memegang plakad “Siapa MO1?”.

Bagaimanapun, tindakan mereka ini telah menimbulkan kritikan dari banyak pihak termasuklah anggota parlimen, pakar akademik, pengamal media sosial dan orang perseorangan.

Antara parti pembangkang yang dikesan tidak keluar dewan adalah dari PAS dan Parti Warisan Sabah sahaja.

Najib sebelum itu dilihat telah beberapa kali cuba menyindir pihak pembangkang termasuklah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI), PKR dan DAP.

 Ini menyebabkan para pemimpin mereka yang berada bertentangan dengan Najib telah “panas telinga” dan tidak mampu mendengarnya dengan lebih lanjut. –Tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA