#Bajet2017 Rakyat Luar Bandar Perlu Diberi Keutamaan


KUCHING: Penduduk kawasan luar bandar mengharap perhatian yang lebih serius dalam bajet2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak pada 21 Oktober, Jumaat ini.

Menurut ADUN N35 Saribas, Mohamad Razi Sitam, diharap pembentangan bajet kali ini akan dapat menyelesaikan beberapa isu pokok yang dialami penduduk luar bandar.

“Bajet2017 perlu beri keutamaan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas yang sering dibangkitkan luar bandar.

"Masalah bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, jaringan jalan raya dan pembinaan sekolah-sekolah daif harus diberi penekanan lebih,” katanya ketika dihubungi Sarawakiana.

Beliau menambah, rakyat luar bandar harus diberi keutamaan dalam menikmati hasil kemerdekaan negara sesuai dengan kesetiaan yang telah diberikan selama ini.

“Lebih-lebih lagi, penyelesaian kepada masalah infrastrukur asas akan membantu meningkatkan produktiviti dan taraf ekonomi penduduk luar bandar,” tegasnya. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA