#Bajet2017 Masyarakat Rumah Panjang Perlu Hargai Peruntukan RM30juta Sukat NCR


KUCHING: Melalui pengumuman Bajet 2017, Kerajaan persekutuan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi projek Native Customary Right (NCR) untuk tujuan pemetaan tanah di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Denis Ngau menyifatkan peruntukan tersebut sebagai bukti keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menangani permasalahan rakyat.

“Meskipun masih ada pihak yang meraguikan keihlasan kerajaan dalam inisiatif ini, namun semua itu semata-mata kerana ‘diracuni’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Tetapi yang nyata kalau tidak disukat sekarang mungkin tiada peluang di masa hadapan, yang rugi adalah diri sendiri,” katanya

Menurutnya, beliau perlu berterima kasih kerana peruntukan tersebut memang sangat diperlukan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sarawakiana bagi mengulas berkaitan peruntukan tersebut sebentar tadi.

Denis menyeru penduduk rumah-rumah panjang di Telang Usan merebut peluang dan mohon tanah NCR mereka didokumenkan.

“Jangan percaya tohmahan pembangkang, kerana kerajaan sentiasa melihat keperluan rakyat," tambahnya

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan projek Native Customary Rights sebanyak RM30 juta untuk negeri Sarawak dan RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah menerusi #Bajet2017 hari ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA