#Bajet2017 : Lebihkan Peruntukan Untuk Luar Bandar Sarawak

BINTULU : Dasar mentransformasi pembangunan luar bandar yang diterap Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sesuatu yang perlu dititik berat dalam pembentangan bajet kali ini.

Menteri Muda Keselamatan Sungai Liwan Lagang berkata, negeri ini memerlukan peruntukkan yang besar kerana struktur muka bumi negeri yang luas serta kedudukan penempatan yang berselerak.

"Saya begitu berharap bajet kali ini memberi peruntukan yang besar agar mudah dan pantas melakukan pembangunan luar bandar.

"Bagi saya peruntukan itu akan membangunkan infra yang lengkap kerana penduduk luar bandar masih jauh ketinggalan dari segala aspek pembangunan," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut beliau lagi, kawasan bandar sudah memiliki prasarana dan infrstruktur yang dan tidak perlu diberi peruntukan.

"Ini kerana kawasan luar bandar begitu memerlukan pembangunan yang drastik agar jurang luar bandar dan bandar dapat dirapatkan.

"Saya memang mengharap kerajaan pusat akan memberi kelebihan kepada Sarawak untuk memacu pembangunan luar bandar seterusnya," ujarnya. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA