#Bajet2017: Keperluan Asas, Bidang Pertanian Dan Sektor Pendidikan Perlu Diberi Perhatian


KUCHING: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri tidak ketinggalan untuk menyuarakan harapannya pada Pebentangan Bajet 2017 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Parlimen pada 21 Oktober 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, Nancy berharap lebih banyak peruntukan untuk penyediaan air bersih yang merupakan keperluan asas di Sarawak dan Sabah kerana masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Beliau turut berpendapat sekolah juga perlu dinaik taraf atau dibina semula dengan kemudahan yang lebih baik, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Banyak sekolah masih dalam keadaan yang sangat teruk dan saya berharap agar Perdana Menteri akan memberi penekanan yang besar terhadap sekolah,” katanya.

Beliau menambah bidang lain yang perlu diberi penekanan adalah pertanian.

“Negara kita adalah pada dasarnya sebuah negara pertanian. Dalam hal ini, petani memerlukan bantuan dengan memberikan mereka subsidi baja dan juga untuk menggalakkan mereka untuk menanam tanaman seperti padi, kelapa, lada, getah dan makanan lain,” jelasnya.

Menurutnya, Ini akan membantu Malaysia mengurangkan import makanan dan juga memastikan program keselamatan makanan adalah di tempat.

Terdahulu, bajet 2017 yang merupakan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 sangat penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.

Bajet 2017 adalah memfokuskan Memperkukuh Pertumbuhan, Memperluas Keterangkuman dan Memastikan Kemapanan Fiskal dan bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. – Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA