#Bajet2017 : Kenapa Pembangkang Terbakar Dalam Dewan Rakyat?



KEHEBATAN dan kesantunan seni politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah kecil-kecil anak.

Ramai yang sedia maklum, beliau bukan sahaja diserang oleh para pembangkang, malah turut cuba “dibunuh” oleh bekas rakan-rakannya dalam parti yang kini telah berpatah arang berada di pihak pembangkang.

Tidak sapa boleh nafikan, Perdana Menteri menerima asakan fitnah, kejian, makian, penipuan dan sabotaj setiap hari selama 24 jam oleh mereka-mereka yang berasa tidak senang dengan kepimpinannya.

Namun demikian, Najib Razak masih fokus kepada usahanya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan melalui pelbagai jenis inisiatif untuk rakyat dari semasa ke semasa.

Pada diri Najib itu sendiri bukanlah seorang yang panas baran atau kuat melenting, mahupun mempunyai ego yang tinggi.

Malah, beliau terkenal sebagai seorang ahli politik yang tinggi santunnya, baik bicaranya dan tenang jiwanya.

Sebab itulah semasa Najib cuba menyindir halus kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed di dalam Dewan Rakyat semasa sesi pembentangan Bajet 2017 petang Jumaat, kesemua blok Pakatan Harapan betul-betul tidak tahan telinga kerana diusik.

Semasa membentangkan Bajet 2017 itu, walaupun tidak menyebut secara jelas nama itu, namun fahamlah umum bahawa Najib menyindir Mahathir yang terpaksa berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah semata-mata mahu berusaha menggulingkan Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional (BN).

Awal bicaranya, Najib mengenang kembali pesanan peribadi oleh bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din terhadapnya yang menunjukkan kepentingan bersifat wassatiyah dalam sesuatu perkara.

Dalam pesanan tersebut, Haron berkata jika kita menyukai atau membenci seseorang itu haruslah berpada-pada.

Boleh jadi orang yang kita suka atau benci itu suatu hari nanti akan menjadi sebaliknya pula.

Jika kita menyingkap sejarah politik tanah air, Mahathir pernah bermusuh ketat dengan bekas timbalan yang pernah “ditatangnya bagai minyak yang penuh” iaitu Anwar khususnya bermula 1998.

Mahathir juga bertanggungjawab mengheret Anwar ke muka pengadilan kerana dipercayai terlibat dengan kes salah guna kuasa dan moral sehingga Anwar dibuang oleh Mahathir dari kerajaan.

Apa sahaja pasal keburukan Anwar tidak langsung disimpan oleh Mahathir selama mana Anwar menentang pihak kerajaan.

Namun sekarang selepas hampir dua tahun usaha Mahathir untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia tidak berjaya dilakukan, maka Mahathir mula terdesak sehingga sanggup mencari kembali orang yang pernah “diludah dan dibuangnya” suatu ketika dahulu.

Apabila Najib menyindir tindakan Mahathir dalam Dewan Rakyat tersebut, ternyata para pemimpin Pakatan Harapan khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) mula “panas telinga”.

Akhirnya mereka semua kalah dan terbakar hangus dengan sindiran dibuat Najib itu walaupun dalam nada yang cukup lembut, bersahaja dan sambil tersenyum.

Ini membuktikan para pembangkang dari Pakatan Harapan bukanlah lawan Najib yang sebenarnya. –Tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA