#Bajet2017 : Jangan Percaya GST Naik



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat tidak mudah percaya dengan khabar angin kenaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang digembar-gemburkan.

Menyifatkan ia hanya 'cakap-cakap kosong', Najib berkata, pelaksanaan GST di negara ini masih dikekalkan pada kadar 6 peratus.

"Ingin saya tegaskan, jangan percaya gembar-gembur bahawa GST akan dinaikkan.

"Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali," katanya dalam pembentangan Bajet 2017, di Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun Najib tidak menafikan dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan," katanya lagi. - Sh

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA