#Bajet2017: Inisiatif Belanjawan Berpaksikan Rakyat - Henry


KUCHING:  Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong  berharap Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan Perdana Menteri esok berteraskan rakyat.

"Dengan inisiatif bajet 2017 ini kelak saya berharap supaya setiap program berkaitan dapat diperkasakan agar dirasai impaknya secara berterusan khususnya dikawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak," katanya kepada Sarawakiana ketika ditanya mengenai harapan beliau untuk belanjawan tahun ini.

Henry yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga mahu agar dasar kerajaan persekutuan akan digunapakai dalam melestarikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan Najib pada 21 Oktober ini pasti akan menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan masyarakat dan termasuk rakyat Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA