• #Bajet2017 : Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam Januari Depan

    Published: Saturday, 22 October 2016
    A- A+


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan yang akan dibayar pada awal Januari 2017.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bayaran itu sebagai penghargaan atas khidmat terpuji para penjawat awam.

    Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2017 bertajuk 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.

    - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " #Bajet2017 : Bayaran Khas RM500 Penjawat Awam Januari Depan "