Bajet Pembangkang Tiada Asas Kukuh - Liow


SEPANG: Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan tidak mempunyai asas yang kukuh dan hanya bermotifkan politik, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' tidak menunjukkan sebarang cadangan kukuh untuk menambah sumber pendapatan negara.

"Memang mereka tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tren empat gerabak terbaharu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di Salak Tinggi, di sini pada Khamis.

Liow, yang juga presiden MCA, berkata janji pembangkang dalam Belanjawan Alternatif untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak adalah hanya semata-mata untuk meraih undi di kedua-dua negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Bajet kita (kerajaan) fokus kepada ekonomi berasaskan rakyat dan lebih realistik," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap menteri kewangan akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, pada Jumaat. - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA