Bajet Alternatif 2017 : Pembangkang Akan Naikkan Levi 10% Setiap Tahun

Dalam Bajet Alternatif 2017 pembangkang, bahagian paling menarik untuk dibincangkan ialah menyentuh mengenai cadangan menaikkan levi pekerja asing difahamkan sehingga 10 peratus pada setiap tahun sehingga 2020.

Langkah itu sudah pasti akan menggemparkan para majikan dan membantutkan banyak sektor ekonomi yang sememangnya banyak bergantung kepada pekerja asing yang berdaftar.

Ia dicadangkan oleh pembangkang untuk dinaikkan di tiga sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

Ia sudah pasti akan membebankan majikan yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membayar levi jika sekiranya mahu membawa masuk pekerja asing.

Selain itu, mereka menciplak program pemutihan pekerja asing yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini sebagai salah satu langkah dalam Bajet Alternatif 2017 mereka.

“Membenarkan pekerja-pekerja tidak sah yang sedia ada untuk mendaftar dan menjadi diri mereka pekerja yang sah pada kos yang munasabah dan membolehkan mereka untuk bekerja untuk majikan yang berbeza tetapi dengan kontrak yang tetap".

“Pekerja-pekerja sah cenderung untuk menjadi pekerja tidak sah kerana mereka menghadapi masalah besar jika hendak menukar majikan, satu dasar sumber manusia yang lebih adil dan telus akan membetulkan keadan ini,” menurut dokumen itu.

Apa dasarnya? sepatutnya sebagai satu bajet yang lengkap, pembangkang perlu memperjelaskan secara ringkas dasar yang akan diperkenalkan.

Paling banyak cadangan pembangkang yang dibantah ialah menjadikan ratusan ribu pelarian yang ada di negara ini sebagai pekerja menggantikan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ini menurut sesetengah pihak adalah kerja gila kerana membenarkan individu tanpa kemahiran masuk dan bekerja di negara ini atas nama pelarian yang tidak diketahui lanjut berkaitan latar belakang mereka.

Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Malah lebih lucu, pembangkang mencadangkan agar pekerja asing ini mempunyai persatuan sendiri seperti CUEPAS.

Maka jangan terkejut nanti kalau ada pekerja asing membuat demo di Sogo kerana membantah majikan mereka. Ini idea gila pembangkang.

Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.

Tulisan :
Beruang Biru
BB94, Jumaat
21 Oktober 2016

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA