Bajet 2017 Matikan Bajet Alternatif Pembangkang


Ketika pembangkang terlebih dahulu memperkenalkan bajet bayangan mereka, bajet 2017 yang dibentang oleh Perdana Menteri lebih releven untuk rakyat. Strategi mendahulukan daripada Barisan Nasional membuktikan mereka ingin mempengaruhi rakyat terlebih awal.

Malangnya Najib lebih bijak membalas dengan memperkenalkan bajet yang berteraskan rakyat. Malah Najib mendedahkan setiap inci jumlah yang akan diperuntukkan dan berbeza daripada pembangkang dimana mereka sekadar mengayatkan bajet mereka tanpa mendedahkan jumlah sebenar isi bajet alternatif.

Dalam hal sedemikian pembentangan bajet juga memberi kesan yang teramat teruk kepada pembangkang kerana begitu banyak kelemahan dalam setiap isi bajet mereka sehingga ia hanya bayangan yang kabur dan tidak jelas. Malah bajet pembangkang seperti meniru bajet yang telah kerajaan bentang pada 2015.

Tiada yang istimewa terdapat dalam bajet bayangan pembangkang. Penyusunan struktur bajet yang lemah dan berperatusan tinggi sukar untuk dilaksanakan. Segalanya dalam bentuk berkemungkinan dan tiada bentuk kepastian yang boleh meyakinkan rakyat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA