Bajet 2017: Harap tidak ada pengurangan dana pendidikan


KUCHING: Seharusnya tiada kompromi untuk pendidikan, justeru amat diharap agar tiada pengurangan per-untukan bidang berkenaan termasuk Sarawak bagi Bajet 2017 yang bakal dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober ini.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) Jisin Nyud berkata, isu pendidikan amat penting untuk dilaksanakan terutamanya melibatkan infrastruktur sekolah di Sarawak.

“Kalau boleh peruntukan untuk pendidikan khasnya kepada Sarawak perlu tambahan tambahan pada tahun ini, banyak kejadian kebakaran melibatkan bangunan sekolah dan kita amat memerlu bantuan infrastruktur.

“Peruntukan itu penting bagi menggantikan sekolah atau bangunan kayu serta bangunan lama dengan bangunan konkrit bagi meng-elakkan insiden tidak kita ingini termasuk kebakaran atau bangunan runtuh,” katanya kepada ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Jisin, kerajaan mungkin boleh mengurangkan peruntukan bagi bidang lain tetapi bukan pendidikan kerana masih banyak infra-struktur sekolah di Sarawak terutama luar bandar memerlukan bantuan.

Kekurangan peruntukan juga kata beliau mengekang aktiviti sekolah yang jarak-nya agak jauh kedudukan serta memerlukan kos dari segi pengangkutan berban-ding Semenanjung.

“Bagi aktiviti guru kita tidak nafikan mungkin boleh kita akan kurangkan aktiviti keluar namun ada sebahagian daripada aktiviti seperti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu dilaksana memerlukan peruntukan,” tegasnya.

Jisin pada masa sama me-negaskan satu lagi perkara yang harus dipertimbang adalah akses Internet ke sekolah di negeri ini terutama luar bandar.

“Peruntukan akses luar bandar harus ada dan tiada kompromi lagi untuk per-kara ini,” ujarnya.

Menyuarakan pendapat yang sama, Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) Ahmad Malie berkata, sebagai sebuah organisasi yang sentiasa memperjuangkan kebajikan serta kemudahan warga guru khususnya, sudah pasti KGBS menaruh harapan besar.

Ia kata beliau termasuk mengumumkan insentif yang memberangsangkan kepada warga guru serta keperluan asas pendidikan untuk depan.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA