#Bajet 2017: Anggota Parlimen Pembangkang Keluar Dewan


KUALA LUMPUR: Sebahagian anggota Parlimen dari pakatan pembangkang hari ini bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, di sini.

Mereka terdahulu melakukan provokasi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menyebabkan timbul kekecohan sehingga mengundang campur tangan Speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas ditegur Tan Sri Pandikar, ahli Parlimen yang terlibat enggan duduk, dan meneruskan provokasi.

Tan Sri Pandikar kemudiannya meminta mereka meninggalkan dewan sekiranya tidak berminat mendengar pembentangan bajet.

Selepas insiden berkenaan yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan meneruskan pembentangan.

Beliau menyifatkan rakyat kini tahu sikap sebenar pembangkang.- Awani

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA