Bagai Pontianak Bersahutan Sana Sini


KEADAAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor, huru-hara apabila kira-kira 50 pelajar diserang histeria, pada Jumaat.

Gambar puluhan pelajar diserang histeria turut tersebar menjadi viral di media sosial.

Difahamkan, kejadian tidak diduga itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

Berkongsi detik mencemaskan itu, salah seorang guru Shahariah Abdullah berkata, jeritan seakan pontianak bersahutan sana sini di seluruh kawasan sekolah.

'Jeritan Macam Pontianak Bersahutan Sana Sini' - 50 Pelajar Histeria

“Kecoh!! Kelam kabut!! Berpuluh orang pelajarku diserang histeria!! Jeritan nyaring macam pontianak bersahutan d sana sini. Bacaan ayat2 quran dan suara azan berkumandang d seluruh kawasan sekolah,” tulisnya di laman Facebook.

Pihak Darul Syifa juga dipanggil untuk merawat pelajar yang diserang histeria.

Menerusi maklumat yang kami terima di laman Facebook, sesi petang sekolah berkenaan juga ditutup pada hari berkenaan.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Nor Hisham Abdullah, insiden itu pada mulanya menyerang tingkatan empat sebelum menular kepada pelajar tingkatan tiga dan lima.

“Kakitangan sekolah membawa pelajar yang terbabit kes dewan untuk mengawal keadaan sebelum situasi kembali terkawal kira- kira jam 1 petang,” katanya kepada Harian Metro.

Pihak sekolah kini sedang menyiasat punca sebenar kejadian melalui Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA