Aziz Saran Pembangkang Tiru Strategi BN

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen DAP, Abdul Aziz Isa tampil dengan satu cadangan menarik untuk pakatan Pembangkang agar meniru strategi Barisan Nasional (BN) yang menggunakan satu symbol semasa Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Aziz menerusi akuan Facebooknya, memuatnaik cadangan itu semalam dan mendapat reaksi pelbagai dari netizen.

Menurutnya, cukup gabungan 7 parti politik, maka parti pembangkang layak menggunakan satu simbol menentang Barisan Nasional.

“Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Harapan (Harapan).

“Mengikut Kementerian Dalam Negeri (KDN), untuk mana-mana gabungan parti politik yang ingin bertanding menggunakan satu simbol, syaratnya gabungan entiti tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 7 parti politik,” katanya.

Segelintir netizen berpendapat cadangan Aziz akan berjaya dan sangat praktikal.

Antara lain, netizen mencadangkan Pembangkang Sarawak perlu belajar dari Sabah, kerana pembangkang di negeri itu jauh lebih kuat.

Namun persoalan adakah kalangan pemimpin Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan tersebut, sedangkan mereka masing-masing mempunyai agenda politik yang berbeza.

Umum mengetahui, bahkan dalam kontek politik Sarawak, DAP dan PKR sehingga kini masih sukar untuk mencapai kata sepakat dalam urusan melibatkan agihan kerusi.

Terdahulu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam ucapannya pada satu siri ceramah mendedahkan rahsia besar kemenagan BN adalah bertanding menggunakan satu logo sahaja setiap kali Pilihan Raya.

Mahathir kini menubuhkan parti baharu dan aktif bersama Pembangkang dalam misi peribadinya untuk menjatuhkan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA