Aziz Isa Nak Ganti Kit Siang?

Mengimbau balik status Facebook Aziz Isa yang telah lepas, Aziz Isa nak catat sejarah sebagai anak Melayu pertama yang akan menjadi penasihat DAP Kebangsaan.

Memang tinggi cita-cita Aziz Isa dan dari sudut motivasi ia adalah amat baik bagi yang mempunyai visi dalam perjuangan parti.

Tapi perlu diingat bahawa dalam jawatankuasa DAP pusat bukan mudah untuk menempatkan diri bagi anak muda seperti Aziz. Malah sekian lama orang Melayu dalam DAP pun hanya berada pada jawatan yang tidak begitu penting.

Umum ketahui DAP dimonopoli oleh orang cina dan sejak dulu lagi merekalah yang berterusan menguasai jawatan penting dalam DAP malah nepotisma terus berlegar dalam DAP pusat.

Inikan pula Aziz yang hanya dianggap sebagai ikan bilis sahaja. Jika benar Aziz bertekad hendak menjadi penasihat, banyak laluan Aziz perlu tempuhi. Di peringkat DAP Sarawak sahaja Aziz terpaksa mencabar ahli DAP lain seperti Chong Chieng Jen.

Chong tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku kerena berkemungkinan besar Chong pun mempunyai impian. Itu baru peringkat Sarawak.

Pada peringkat pusat pula Aziz terpaksa berdepan dengan Anthony Loke, Nga Kor Ming dan Ngeh Ko Ham yang mempunyai talian darah dengan Kit Siang.

Yang pasti Kit Siang akan menyekat niat Aziz terlebih awal memandangkan Lim Guan Eng calon yang sesuai menggantikan Kit Siang.

Adakah Aziz masih mahu meneruskan cita-cita beliau apabila melihat laluan tersebut dipenuhi onak dan duri ?

Walaupun kenyataan Aziz telah lama dinyatakan oleh beliau, tidak perlulah nak cerita panjang lagi. Biarlah Aziz seperi Si Luncai terjun dengan Labu-labunya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA