Aziz anggap pemimpin BN Sarawak ‘otak bodoh’

KUCHING: Pemimpin muda dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Abdul Aziz Isa mencela pemimpin Barisan Nasional (BN) di negeri ini sebagai ‘Otak bodoh’ kerana masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, ia juga menunjukkan janji yang dibuat pemimpin BN Sarawak memang tidak boleh dipercayai.

“Masih sokong Najib? Sudah dijangka, memang otak BODOH!

“Janji BN Sarawak memang tak boleh dipercayai. Jahanam punya pemerintah,” katanya menerusi akuan Facebook.

Aziz membuat komen demikian merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sri Dr Stephen Rundi tentang Bajet 2017 yang dibentangkan pada 21 Oktober.

Dr Rundi pada Jumaat dilaporkan berkata, tiada yang menarik untuk Sarawak dari pengumuman Bajet tersebut.

“Bajet 2017 sudah dijangka, tiada yang menarik untuk Sarawak,” Rundi dipetik sebagai berkata.

Aziz yang berkongsi pandangan yang sama dengan Dr Rundi dan pemimpin BN Sarawak yang lain mengkritik bajet tersebut, bagaimana pun mengambil kesempatan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin BN Sarawak tidak boleh dipercayai dan ‘bodoh’.

Buat pertama kali, pada Bajet 2017 memperlihatkan pemimpin BN Sarawak dan pembangkang sepakat beranggapan Bajet berkenaan tidak bermakna apa-apa untuk rakyat.

Keluhan pemimpin BN Sarawak turut dikongsi netizen dengan kata-kata sinis. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA