Aram Ngupi : Sokong BR1M Di Teruskan


Hari selasa kopi 'O' panas kurang gula pembuka sarapan di Pak Somet Cafe. Riuh suasana dengan kehadiran pelanggan yang begitu ramai.

Kedengaran BR1M menjadi topik hangat pelanggan. Ada yang tersenyum lebar bila bercakap pasal BR1M. Mungkin itu penanda bahawa mereka puas hati dengan pemberian BR1M.

Ada pula kedengaran suara yang mahukan BR1M diteruskan sampai bila-bila apabila mereka sudah memahami konsep BR1M sebenar.

Ada yang menyesal kerana tidak mendaftar menerima BR1M gara-gara terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mengatakan pemberian tersebut adalah berunsur rasuah atau dedak dari kerajaan kerana hendakkan undi rakyat.

Akhirnya mereka mengaku BR1M memang membantu rakyat dan mereka cuba hendak daftarkan diri sebagai penerima BR1M.

Penulis terfikir kata-kata ungkapan orang dulu, menyesal dahulu pendapatan. Inilah akibatnya bila terpengaruh hasutan pembangkang tanpa berfikir terlebih dahulu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA