Aram Ngupi : 'Sik Ado Agik Orang Tengah Nyo'

Kopi 'O' panas tanpa gula memang wajib diteguk pagi ini. Oten Cafe Samarahan lokasi bersarapan. Santai melihat permandangan suasana kampung.

Majoriti yang bersarapan pagi ini terdiri daripada pekebun-pekebun kampung tersebut. Biasalah orang kampung pasti berbicara soal tanah dan kebun.

Yang menariknya mereka sudah senyum kegembiraan apabila mengungkap ayat dalam loghat Melayu Sarawak 'Sik Ado Agik Orang Tengah' bermaksud Tiada Lagi Orang Tengah.

Sebenarnya mereka telah menghantar anak-anak mereka berkursus pengurusan perniagaan bagi menyahut saranan Perdana Menteri untuk memperkasakan anak muda bumiputera mencebur dalam perniagaan berkaitan perladangan seperti yang dibentang dalam bajet 2017.

Mereka berkata tahun baru nanti anak mereka sendiri akan menjual hasil kebun mereka dan berharap ada anak muda berani merintis untuk bergiat dalam industri pemprosesan makanan daripada hasil kebun atau ladang justeru memberi peluang anak mereka untuk menjadi usahawan.

Maka kali ini mereka tidak perlukan lagi orang tengah untuk memborong hasil tanaman mereka dan cuba membentuk anak muda lebih bergiat aktif dalam perniagaan tersebut serta menyelesaikan isu penghijrahan anak muda ke bandar serta tidak bergantung kepada orang tengah untuk meraih hasil kebun mereka.

Penulis berbangga dengan semangat yang ada pada para pekebun kampung yang mempunyai visi yang besar untuk anak muda mereka serta mampu berfikir luar dari kotak yang selama ini masyarakat bumiputera hanya mengharapkan anak mereka untuk menjawat jawatan tertinggi dalam agensi kerajaan dan swasta. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA