Aram Ngupi : Permintaan Terakhir


Kopi 'O' panas bancuhan sendiri pembuka sarapan pagi ini. Hanya minum dirumah sambil membaca berita online di telefon pintar.

Terjumpa satu penulisan blog yang menarik untuk dibaca. Kisah seorang banduan yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum waktu hukuman dilaksanakan, banduan tersebut meminta pensil dan kertas sebagai permintaan terakhir. Beliau menulis tidak terlalu panjang.

Surat itu dituju kepada ibunya dan menyatakan jika keadilan boleh dipanjangkan maka ibunya sepatut dihukum mati bersama beliau.

Dalam tulisannya mengatakan beliau menjadi orang bermasalah apabila masa kecil beliau tidak pernah dihalang oleh ibunya bila melakukan perbuatan mencuri, meragut dan sebagainya.

Malah ibunya memarahi ayah bila cuba menegur sikap beliau yang tidak baik sehingga penceraian berlaku. Secara ringkasnya segala kelakuan yang tidak baik seolah tidak dihalang oleh ibunya.

Itulah serba sedikit isi surat yang ditulis olehnya.

Penulis berfikir ada juga ibu yang bersikap sedemikian sedangkan seorang ibu kebiasaannya mendidik anak ke jalan yang baik. Untuk membentuk anak perlu memberi didikan dari waktu kecil bak kata pepatah 'melentur buluh biar rebungnya'.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA