Aram Ngupi : Pekerja Malaysia Beruntung



Meneguk air kopi 'O' panas kurang gula di Ayam Penyet Ria Bintulu memberi semangat untuk meneruskan tugas harian.

Membelakangi warga Filipina yang sedang berbicara dalam Bahasa Inggeris yang masih pekat loghat Tagalognya. Isu dibangkitkan adalah berkenaan mereka yang bekerja disektor swasta di Filipina yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Mereka mengatakan pekerja swata di Malaysia beruntung kerana terdapat pelbagai kemudahan kebajikan untuk pekerja. Mereka juga bercakap kerajaan Malaysia begitu menitik berat kebajikan pekerja di pelbagai sektor.

Kalau di Filipina mereka terpaksa bekerja keras tanpa apa-apa inisiatif yang memberi kebajikan kepada pekerja. Mereka terpaksa kerja sehingga tidak mengira waktu rehat kerana inginkan pendapatan yang lebih.

Lagipun menurut kata mereka bahawa pekerja di Filipina terpaksa memksakan diri agar sentiasa sihat tubuh badan walaupun pada hakikatnya mereka telah mengalami pelbagai penyakit. Mereka terpaksa menyembunyi penyakit tersebut daripada pihak syarikat.

Mereka mendakwa bahawa pekerja yang rajin dan sentiasa sihat akan ditatang oleh syarikat dan dijaga sepenuhnya. Tetapi jika pekerja diketahui sering sakit dan tidak sihat, syarikat mula tidak memperdulikan pekerja tersebut sehingga pekerja mengaku kalah dan berhenti secara sendirinya.

Penulis berfikir bahawa beruntunglah pekerja di Malaysia kerana sentiasa disediakan cuti rehat dan dijuga kemudahan berehat jika sakit. Andai Malaysia seperti Filipina sudah pasti demonstrasi akan berlaku setiap hari untuk membersihkan prosuder yang diamalkan oleh syarikat di Filipina.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA