Aram Ngupi : Opocot !

Ronda di pagi hari ke kawasan Asajaya dan Sadong Jaya. Nampak perubahan ketara sejak 10 tahun yang lalu.

Jam masih awal lalu singgah ke rumah sahabat bernama Balieng di Rumah Panjang Sampun Kelili. Senyuman lebar diwajah Balieng dan keluarganya kerana lama sudab tidak berjumpa.

Air kopi 'O' dihidang di samping kuih jala dan kuih chap. Rancak perbualan pagi ini maklumlah lama sudah tidak berjumpa.

Dalam rancak berbual, mak saudara Balieng melatah bila diusik oleh kaum keluarga. Opocot, Omak, Aieh-aieh terkeluar latah dari mulut secara berulang-ulang menyebabkan semua yang di situ ketawa.

Menarik perhatian kami semua dan semua merasa terhibur. Hanya dengan menyentuh dan menyergah menyebabkan makcik melatah menyebut perkataan berulang sambil menunjukkan memek muka yang melucukan serta menari-nari.

Penulis pernah mendengar melatah juga boleh mendatangkan kesan buruk jika pelatah memegang benda dan disuruh memukul sesorang. Tanpa berfikir panjang pelatah akan terus memukul tanpa disedari boleh mendatangkan kecederaan dan juga boleh membunuh jika senjata berada di tangan

Hakikatnya melatah boleh menghiburkan jika diusik dengan cara baik tetapi perlu berhati-hati bahawa melatah boleh memberi kesan buruk kepada orang lain kerana pelatah sebenarnya berada dalam keadaan separuh sedar dan melakukan berbagai tindakan yang tidak sewajarnya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA