Aram Ngupi : 'Nyaman Udah Dapat Ngabas Bala'.

Bertandang di gerai berhampiran feri Kota Samarahan. Tapai manis menu sarapan di samping air kopi 'O' panas kurang gula.

'Nyaman Udah Dapat Ngabas Bala' maksudnya 'Lega Dapat Melawat Keluarga'. Itulah perbualan mereka yang merasa bersyukur bila Jambatan Batang Sadong sudah boleh diguna.

Jelas impak yang terlalu besar bagi mereka yang mempunyai keluarga di kawasan Simunjan sehingga Sebuyau bila jambatan sudah dijadikan penghubung Sadong Jaya dan Simunjan.

Yang terbaiknya perbualan mereka ialah akan berusaha merebut peluang ekonomi yang telah tersedia. Ada yang akan berniaga krepek secara online dan menyediakan perkhidmatan penghantaran sekaligus.

Hebat idea mereka dan berharap ia akan direalisasikan dan akan berkembang maju suatu hari nanti. Akan bertambahlah bilangan usahawan dikalangan bumiputera jika idea sedemikian diteruskan.

Pada pandangan penulis, dengan siapnya jambatan tersebut akan menjamin segala bentuk peluang ekonomi yang luas untuk diterokai serta mampu menjana pendapatan tinggi kepada penduduk setempat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA