Aram Ngupi : Jika Saya Jadi Yang Berhormat ?



D' Dayak Cafe lokasi mengupi pagi ini. Jumpa rakan dikalangan kaum Iban. Lama sudah tidak berjumpa lepak santai bersama mereka.

Menarik perbualan padi ini dimana mereka berbicara tentang angan-angan kerana mereka sedar mereka tidak mampu seperti apa yang diangan-angankan.

Tajuknya 'Jika Saya Jadi Yang Berhormat'. Ada yang berangan akan menjadikan kawasan menjadi sebuah tempat pelancongan untuk merasai bagaimana hidup dalam dusun durian.

Ada pula yang hendak menjadikan alam sekitar sebagai produk pelancongan yang berkonsepkan Hutan Hujan Tropika.

Terdapat juga yang inginkan pembangunan berteraskan sosio ekonomi dengan memperbesarkan pusat-pusat ekonomi yang bertaraf global disamping memperkenalkan keindahan permandangan kawasan.

Penulis berpendapat walaupun tahap akedemik mereka setakat menengah rendah tetapi pendapat dan pandangan mereka seperti profesional yang berpendidikan tinggi. Jelas sekali pengalaman meningkatkan daya pemikiran dan jika diterjemah ke realiti maka sudah pasti ia memberi manafaat kepada ekonomi negeri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA