Aram Ngupi : Guna BR1M Dengan Bijaksana



Kali ini penulis bercadang minum kopi di Restoran 1 Malaysia milik warga Pakistan yang berkahwin dengan warga tempatan.

Kewajipan minum kopi 'O' panas dn roti nan yang berkuah kari kambing apabila berkunjung ke kedai ini.

Penulis memilih untuk duduk di luar sambil boleh melihat gelagat manusia yang lalu lalang.

Secara kebetulan pula terjumpa isteri jiran yang berbangsa bersama seorang lagi wanita.

Penulis menyapa mereka berdua sambil tersenyum dan duduk membelakangi mereka berdua.

Minuman dan makanan dipesan dan dalam masa lima minit air kopi 'O' dan roti nan pun sampai.

Sambil menikmati keenakan roti nan, kedengaran isteri jiran dan rakannya berbicara tentang BR1M.

Semakin lama semakin menarik perbualan mereka berdua.

Rakan isteri jiran berkata kehidupan masa kini begitu sukar kerana harga barang naik.

Terima wang BR1M pun tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga.

Gaji suami pun tidak besar hanya RM2000 sebulan dan tanggung empat orang dalam keluarga.

Isteri jiran pun menjawab, memang kehidupan hari ini terpaksa harungi segalanya termasuk perbelanjaan keluarga.

Yang hairannya isteri jiran dengan mudah berkata bahawa BR1M sedikit sebanyak membantu menampung perbelanjaan keluarga mereka yang terdiri daripada enam orang termasuk anak kecil yang masih berumur tiga dan satu tahun.

Rakan isteri jiran hairan dan bertanya kenapa BR1M begitu membantu keluarga isteri jiran.

Mudah sahaja isteri jiran menjawab. BR1M dalam satu tahun ada empat kali keluaran. Bermakna antara tiga bulan sekali terima dan RM250 sekali terima.

Semasa terima BR1M isteri keluaran Januari, beliau akan membelanjakan membeli beras enam peket yang beratnya 60 kilogram yang harga keseluruhan RM150.

RM50 beliau gunakan membeli minyak makan botol besar berharga dalam linkungan RM20 dan selebihnya membeli gula, garam dan rempah ratus masakan. RM50 pula beliau jadikan duit untuk kecemasan sahaja.

Rakan beliau pun bertanya cukupkah semua bahan tersebut untuk belanja sebulan ?

Isteri jiran berkata bahawa beliau membeli beras sebanyak itu adalah untuk empat bulan makan kerana beliau mengatakan dalam sebulan mereka hanya memerlukan 10.5 kilogram sahaja dan itu pun masih terdapat lebihan beras.

Beliau berkata bahawa akan masak nasi hanya cukup-cukup sahaja kerana jika masak berlebihan ia akan menjadi satu pembaziran.

Rakan beliau tidak berpuas hati dan bertanya lagi bagaimana dengan perbelanjaan dapur seperti ikan, sayur, pampers anak, susu dan sebagainya lagi sedangkan BR1M bukan banyak yang diterima.

Isteri rakan tersenyum dan berkata bahawa beliau dapat menyimpan duit belanja pemberian suami seperti perbelanjaan beras, minyak makan, gula dan rempah ratus sebanyak RM100 sebulan sebab duit dari BR1M beliau sudah guna untuk membeli barang tersebut.

Beliau terus berkata kalau belanja dapur seperti sayur, ikan, pampers anak dan sebagainya pun gunakan duit BR1M, apalah guna tanggungjawab seorang suami yang sudah menjadi kewajiban untuk memberi nafkah kepada keluarga.

Kalau semua kerajaan tanggung lebih baik kahwin sama Najib sahaja.

Tiadalah tanggungjawab insan yang bernama suami.

Rakan beliau tersipu malu kerana jawapan isteri jiran memang tepat dan padat.

Penulis tersenyum mendengar jawapan yang bernas yang pada hakikatnya memberi pengajaran secukupnya agar dalam hidup ini mestilah bijak mencatur kewangan keluarga dan hidup haruslah secara sederhana.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA