Aram Ngupi : Dah Boleh Rasa Sejuk



Pagi ini bergerak ke kedai kopi Sahira Coner berhadapan pintu besar ke Universiti Malaysia Sarawak.

Banyak bangunan rumah kedai yang menjadi lokasi institusi perbankan seperti BSN, Bank Rakyat dan RHB Bank bertapak di situ.

Bukan bank yang penulis nak cerita tetapi hanya nak singgah di Sahira Coner sambil menikmati air kopi dan mee pok yang lazat serta murah. Destinasi dituju sudah tiba. Cari 'port' lagi kerana kedai memang sentiasa ramai pelanggan.

Terlihat seorang pakcik duduk seorang diri di suatu sudut. Penulis menghampiri pakcik tersebut dan minta kebenaran duduk semeja kerana tiada lagi kekosongan tempat duduk.

Pakcik melempar senyuman dan salam dihulurkan serta mempelawa penulis duduk. Bermula perbualan yang mesra serta memberi manafaat kepada penulis.

Penulis bertanya kepada pakcik tersebut, apa tujuan asal pakcik ke kawasan tersebut kerana pakcik sudah menyatakan bahawa beliau bermastautin di Kampung Meranek Samarahan.

Pakcik menjawab, tujuan beliau ke situ kerana ingin mengeluarkan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) keluaran kali ke empat untuk tahun ini.

Pakcik bercerita bahawa beliau sudah menerima BR1M sejak awal diperkenalkan. Sejak beliau menerima bantuan tersebut, beliau telah mengguna wang bantuan tersebut untuk membesarkan rumah dapur.

Dari awal BR1M beliau telah membeli batu-bata dan dapur telah siap sepenuhnya pada penerimaan BR1M keluaran ketiga pada Jun tahun ini.

Beliau memberitahu beliau cuma beli simen, kayu dan atap menggunakan duit sendiri dan beliau sendiri telah mengusaha membina dapur tersebut kerana beliau telah bekerja sebagai tukang rumah sejak 40 tahun lalu.

Beliau bersyukur mendapat BR1M kerana sedikit sebanyak mampu menjimatkan perbelanjaan beliau membina rumah dapur.

Penulis pun tersenyum sambil berkata dalam hati, inilah nikmat atas keprihatinan kerajaan hari ini yang begitu mengambil berat prihal rakyat. Penulis bertanya kepada pakcik, wang BR1M yang diambil untuk kegunaan apa kerana dapur beliau sudah siap sepenuhnya.

Pakcik berkata, wang tersebut digunakan untuk membeli kipas menambah kipas yang sedia ada di rumah kerana struktur rumah sudah besar. Beliau menambah, semasa dulu mereka hanya menggunakan kipas tangan yang dianyam dari daun nipah sebagai penyejuk badan.

Hari ini atas pembangunan yang kerajaan lakukan, segalanya sudah mampu dinikmati dan kipas hanya menggunakan suis di dinding untuk dihidupkan dan sudah boleh rasa sejuk.

Penulis mula memohon untuk pamit kerana masa untuk bertugas telah hampir tiba. Penulis bersalam kepada pakcik dan berkata agar bertemu lagi dilain masa dan terus ke kauter bayaran dan membayar sekali makan serta minuman pakcik tersebut.

Penulis berfikir apa yang berlaku terhadap pakcik adalah petanda bahawa kerajaan tidak mengabaikan golongan sasar serta pakcik tersebut menggunakan bantuan dari kerajaan dengan cara betul.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA