Aram Ngupi : 'Como Kenak Bulak'


Tetap kopi 'O' panas kurang gula menjadi pilihan setiap kali sarapan. Sahira coner pilihan sekali lagi memandangkan tuan punya kedai sudah memanggil penulis.

Kali ini sempat berbual bersama empunya kafe yang sudah dikenali sekian lama. Isu dibangkitkan ialah berkenaan harga minyak masak.

Tuan kedai begitu marah apabila beliau sebelum pembentangan bajet 2017 telah membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak sehingga modal beliau dikeluarkan dengan jumlah yang besar.

Ini semua kerana terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang harga minyak masak akan naik selepas pembentangan bajet.

'Como kenak bulak' bermaksud 'Mudah Kena Tipu' kenyataan pembangkang bahawa harga minyak masak akan naik. Dengan nada marah beliau berkata modal begitu besar dan stok yang banyak akan menjejaskan pendapatan.

Ini kerana minyak mudah rosak jika disimpan terlalu lama dan ia akan merugikan perniagaan beliau. Beliau turut menyatakan bahawa selepas ini tidak akan terpengaruh dengan kenyataan pembangkang.

Penulis hanya tersenyum dan berfikir bahawa dakyah pembangkang sebenarnya menyusahkan rakyat semata-mata.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA