Aram Ngupi : Bintulu Bukan Seperti Dahulu

Kali ini bersarapan di Bintulu dan sudah pasti kopi 'O' panas kurang gula menjadi menu utama di samping mee kampua yang begitu menyelerakan.

Terpegun melihat Bintulu kini bukan seperti 15 tahun yang lepas. Kini Bintulu kian berkembang dan pesat membangun.


Liquid Natural Gas (LNG) sumber ekonomi Bintulu yang begitu berperanan memajukan Bintulu dan terbukti seperti apa yang dilihat hari ini.

Kedudukan Bintulu yang terletak di tepi laut begitu strategik menjadikan ia sebagai sebuah bandar pelabuhan persinggahan kapal-kapal bagi memantapkan lagi aktiviti eksport import negeri ini.


Namun ada lagi yang begitu menarik tentang Bintulu adalah produk makanan yang begitu popular dikalangan masyarakat di seluruh Malaysia.

Belacan Bintulu, produk yang tidak diketahui sudah berapa lama bertapak di Sarawak. Ia bukan sekadar menjadi kegemaran masyarakat Bintulu tetapi ia sudah popular di seluruh Malaysia.


Inilah satu produk yang harus dikekalkan dan sepatutnya dikembangkan di peringkat global kerana masyarakat global sudah mengetahui apa kegunaan belacan.

Terbukti Bintulu bukan seperti Bintulu yang dahulu kerana ia sudah berkembang pesat membangun serta kaya dengan sumber ekonomi yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri mahupun negara.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA