Aram Ngupi: Bayar RM1 Sahaja

Lokasi pagi ini hanya bersarapan di kantin Hospital Umum Kuching. Genap tarikh temujanji dengan doktor pakar untuk rawatan susulan penyakit yang dihidapi.

Pekena air kopi 'O' panas dan mee hoon goreng yang telah disediakan secara buffet, cari meja sesuai untuk melihat suasana dan kelibat orang ramai yang juga mendapat rawatan.

Terlihat seorang pakcik yang duduk seorang diri bersebelahan meja penulis. Di atas meja berbagai jenis ubat yang beliau bawa. Pakcik memandang dan menyapa penulis.

Penulis pun menghampiri pakcik tersebut sambil menghulur tangan untuk bersalam. Penulis bertanya kepada pakcik bantuan yang penulis boleh bantu.

Pakcik berkata untuk bertanya tentang berapa biji ubat dimakan dan berapa kali sehari. Penulis pun memberitahu jumlah dan waktu sebenar makan ubat.

Pakcik berkata bahawa beliau kurang penglihatan disebabkan rabun mata. Penulis cuma angguk kepala menandakan faham kenapa pakcik bertanya.

Pakcik meneruskan perbualan dengan berkata bahawa masa kini semuanya mudah. Kalau dahulu terpaksa menunggu bot atau perahu tambang dan berjalan kaki sejauh dua hingga tiga kilometer untuk sampai ke hospital.

Kini jalanraya sudah cukup baik dan menyingkatkan masa perjalanan. Pakcik berkali-kali mengucap syukur kepada Tuhan. Pakcik meneruskan perbualan menyentuh isu perkhidmatan kesihatan pula.

Dengan lancar beliau berkata bahawa taraf rawatan kesihatan sudah melangkaui taraf yang tidak pernah difikir pada masa lampau. Hari ini semuanya serba moden dan perkhidmatan pun cukup baik dan mesra pesakit.

Pesakit tidak tertekan dengan rasa gementar kerana serba serbi rawatan tidak mendatangkan kesakitan langsung. Semuanya dilakukan mengikut prosedur rawatan profesional.

Pakcik berkata, beliau begitu bersyukur kerana dengan mendapat rawatan di hospital atau klinik kerajaan, bebanan kos sara hidup dapat dijimatkan kerana hanya dengan membayar RM1 sahaja sudah mampu memiliki ubat-ubatan yang berharga dalam lingkungan ratusan ringgit di pasaran.

Akhirnya pakcik berkata bahawa bersyukur memiliki kepimpinan kerajaan yang begitu prihatin terhadapa masalah rakyat walaupun rakyat tidak sedar bahawa mereka telah dibantu oleh kerajaan tanpa perlu banyak bercakap soal politik.

Penulis tersenyum dan bersetuju pada pandangan pakcik. Inilah perkara yang berfaedah untuk rakyat tanpa rakyat sendiri sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dibela oleh kerajaan.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA