Aram Ngupi : Apa Itu Zumba ?

Selamat pagi penulis ucapkan kepada pembaca slot 'Aram Ngupi' yang setia. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Sarawakiana.net selama ini.

Seperti kebiasaan dipagi sebegini, kopi 'O' panas kurang gula sudah menjadi rutin wajib bagi penulis. Lokasi kali ini di Serapi Coner Kota Sentosa menjadi pilihan.

Topik pagi ini menekankan isu bersenam yang menjadi perbualan hangat kaum wanita bila mereka bersarapan di kedai kopi.

Zumba mungkin bagi penulis adalah satu yang baru didengari. Rupanya Zumba adalah sejenis senaman yang popular pada masa kini. Kaum wanita paling ramai menceburi tarian Zumba dan kini terdapat begitu banyak pusat-pusat senaman yang menekankan tarian zumba.

Patutlah penulis hairan melihat ada dikalangan wanita yang dikenali dahulunya kelihatan 'Chubby' sudah kelihatan kurus dan menawan. Bukan hendak merendahkan yang 'Chubby' tidak menawan tetapi ia dilihat dari perspektif kesihatan.

Penulis pun terfikir, jika sering 'mengupi' di kedai kopi,maka berat akan bertambah. Baik penulis mencuba tarian zumba kerana ia bukan sekadar wanita sahaja menceburi tetapi lelaki pun boleh berzumba kerana penjagaan kesihatan adalah keperluan dalam memenuhi gaya hidup yang sihat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA