Aram Ngupi: Akad Nikah "Terima Kasih"


Kedai Cahaya Baru Batu Kawa menjadi lokasi mengupi kopi 'O' panas kurang gula pagi ini. Canai kosong dan kuah dal menjadi makanan pilihan.

Baru buka sudah ramai pelanggan, semoga perniagaan bumiputera sebegini akan terus berkembang dan maju.

Tiba-tiba datang rakan menyapa penulis. Kami pun berbual berkenaan isu semasa. Rakan mula bercerita tentang satu majlis perkahwinan yang diviralkan di Facebook beliau.

Kisah viral di laman Facebook baru-baru ini mengenai akad nikah yang berlangsung dalam suasana yang melucukan.

Menceritakan kembali kisah lucu tersebut, beliau berkata semasa kadi membaca 'Aku nikahkan dikau (nama lelaki) dengan (nama perempuan) berwakilkan saya oleh bapa perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM180, TUNAI.

Tambah beliau ketika kadi menggoncang tangan yang disalam tiba-tiba pengantin lelaki menjawab akad tersebut dengan berkata TERIMA KASIH.

Majlis menjadi riuh dengan ketawa orang yang hadir. Jangan dikatakan orang yang hadir dimajlis tersebut ketawa, penulis yang hanya mendengar cerita pun ketawa.- Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA