Aram Ngupi : Adakah Kon Dan Kerusi Diwarta sebagai Sebuah Kenderaan ?



Sarapan wajib air kopi 'O' panas kurang gula setiap kali bersarapan dan lokasi kali ini di Ikhwan Cafe Batu Kawa. Mee Jawa memang Ummmmppppphh lazat dan murah.

Sebelum sampai di sini penulis terlihat banyak tempat letak kereta diletakkan kerusi dan kon. Apa yang difahamkan ia sebagai penanda bahawa tempat letak kereta tidak boleh diguna oleh orang lain. Hanya untuk kenderaan mereka yang telah meletak kon dan kerusi sahaja.

Adakalanya seharian kon dan kerusi tersebut diletak di situ walhal tempat itu adalah untuk orang awam. Ini menunjukkan bahawa sikap mereka ini hanya mementingkan diri sendiri kerana ia akan menyukarkan orang lain untuk meletak kenderaan.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sepatutnya memandang isu ini dan bertindak apa yang perlu. Tempat letak kereta awam bukan dikhaskan kepada seorang individu tetapi ia untuk kesenangan pengguna kenderaan yang lain.

Pelik tetapi benar, beginilah yang berlaku saban hari apabila mereka sesuka hati menanda tempat letak kereta dengan kerusi dan kon seolah ia hanya milik individu tertentu sahaja.

Mungkin juga penulis sudah ketinggalan dan tidak sedar bahawa kerusi dan kon telah diwarta di dalam kad hijau sebagai sebuah kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ?.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA