Anwar Musnahkan Bersih

Tulisan asal oleh :
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 4 Oktober 2016.

Bulan depan, pada 19 November 2016, mereka akan menganjurkan perhimpunan Bersih 5.0. Sebab mereka memanggil ia Bersih 5.0 adalah kerana ini sepatutnya menjadi perhimpunan kelima sejak perhimpunan Bersih asal yang telah diadakan sembilan tahun lalu pada 10 November 2007. Oleh itu, mereka mencadangkan bahawa perhimpunan 10 Nov 2007 itu adalah Bersih 1.0 walaupun ianya bukan.

Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 adalah satu acara yang berasingan dan bukannya Bersih 1.0 atau perhimpunan yang pertama dalam siri lima perhimpunan Bersih, seperti apa yang mereka bayangkan. Perhimpunan pada 10 November 2007 itu tidak pernah bertujuan untuk menjadi Bersih 1.0 dan tidak pernah bermaksud untuk menjadi yang pertama dalam siri banyak perhimpunan yang akan datang.

Anwar Ibrahim sebenarnya tidak menyokong atau terlibat dalam perancangan perhimpunan Bersih 2007 (yang turut dikenali sebagai 'Bersih 1.0'). Semuanya telah dirancang oleh hanya segelintir daripada kami – ahli-ahli politik daripada kedua-dua belah jurang politik serta aktivis. Kadang-kadang kami bertemu di rumah ahli Umno dan kadang-kadang di rumah ahli DAP.

Semasa Mukhriz Mahathir mengadakan kempen derma darahnya di Masjid Kampung Baru, sekumpulan Cina DAP yang diketuai oleh Ronnie Liu hadir untuk menderma darah walaupun ianya adalah satu acara Pemuda Umno. Tujuannya adalah untuk menunjukkan perpaduan dan mengeratkan hubungan antara kedua-dua kumpulan.

Apabila saya mengadakan satu 'rumah terbuka' di rumah saya, kedua-dua ahli-ahli Umno dan DAP hadir. Ahli DAP membawa bir dan ahli Umno membantu meminumnya. Apakah cara yang lebih baik untuk membina hubungan daripada dengan berkongsi bir anda. Ahli Umno tidak minum bir hanya untuk menggembirakan ahli DAP tetapi kerana mereka benar-benar mahu minum bir.

Presiden Nixon memulakan 'diplomasi ping pong’ antara AS dan China dan saya mula diplomasi bir di antara Umno dan DAP. Ianya adalah kerja yang lambat dan sukar untuk dapat ‘menyatukan’ kedua-dua belah jurang politik supaya kita dapat akhirnya bersama-sama menganjurkan perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.

Sisi Umno, yang mempunyai lebih banyak dana daripada kita, mencetak topi dan kemeja-T, yang saya edarkan secara percuma. Dan semuanya adalah barangan yang berkualiti baik (topi itu adalah seperti topi laksamana tentera laut dengan tocang emas dan sebagainya).

Ia adalah penting untuk kami menunjukkan bahawa Bersih bukanlah satu acara pembangkang tetapi acara rakyat. Dan hakikat bahawa orang-orang Umno juga terlibat dalam Bersih adalah bukti bahawa ia bukanlah satu acara pembangkang. Jika tidak Umno tidak akan terlibat.

Sebab perkara ini adalah penting kerana kami mahu Seri Paduka Baginda Agong bersetuju untuk menerima petisyen kami untuk reformasi pilihan raya. Kami mahu berarak ke istana Agong, Istana Negara, dan melainkan jika baginda memberikan persetujuannya polis tidak akan membiarkan kita melalui kawasan itu. Tetapi oleh kerana Umno juga terlibat dalam Bersih, kami diberi kebenaran untuk berarak ke istana.

Perhimpunan Bersih pada 10 November 2007 telah mendapat sambutan yang hangat, yang mengejutkan semua orang, termasuk Anwar - yang kemudian dengan cepat hadir untuk merampas petisyen itu dan secara peribadi menyerahkannya kepada Agong. Dari entah mana Anwar tiba-tiba muncul dan mengambil alih dan menjadikan ia kelihatan seperti dia dalang di sebalik Bersih.

Itulah kisah perhimpunan Bersih pada 10 November 2007.

Tetapi apa yang tidak pernah saya dedahkan setakat ini, sehingga hari ini, adalah bahawa orang-orang Umno yang terlibat dalam Bersih sebenarnya adalah orang-orang Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain daripada mesyuarat 'jawatankuasa' antara kedua-dua belah jurang politik, kami telah mengadakan pertemuan peribadi dengan hanya orang-orang Mahathir.

Tidak syak lagi pembangkang terlibat dalam Bersih untuk mendapatkan reformasi pilihan raya. Orang-orang Mahathir, bagaimanapun, telah terlibat dalam Bersih untuk memburukkan Umno dan Barisan Nasional supaya Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh diusir.

Langkah untuk menggulingkan Abdullah telah bermula setahun sebelum itu pada Jun 2006. Tetapi ianya bukanlah mudah untuk menggulingkan Abdullah kecuali jika Umno dan Barisan Nasional kalah teruk dalam pilihan raya umum pada tahun 2008. Jika Umno dan Barisan Nasional menang tahun 2008 sebaik seperti yang mereka lakukan pada tahun 2004 (prestasi terbaik dalam sejarah), maka Abdullah akan terus memegang jawatan itu untuk masa yang lama dan Khairy Jamaluddin akan kemudiannya menjadi Perdana Menteri dan bukannya Mukhriz Mahathir.

Dan ianya berjaya. Prestasi Umno dan Barisan Nasional agak teruk pada pilihan raya umum Mac 2008, yang mengakibatkan Abdullah meletak jawatan setahun kemudian pada April 2009. Ia bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh perhimpunan Bersih 10 Nov 2007 tetapi perhimpunan itu adalah satu faktor penyumbang.

Jadi, semasa orang-orang pembangkang dalam Bersih berhimpun untuk reformasi pilihan raya, ahli-ahli Umno (bermaksud orang-orang Mahathir) dalam Bersih telah berhimpun untuk menggulingkan Abdullah. Dan rancangannya adalah jika polis menghalang kami daripada berarak ke istana Agong, kami akan mengubah Bersih menjadi 'Malaysian Spring'.

(Terdapat beberapa perkara tentang apa yang berlaku di sebalik tabir, yang mana di atas sebab-sebab keselamatan, saya tidak boleh mendedahkannya. Cukup untuk mengatakan bahawa kita bukannya bersendirian tetapi telah disokong oleh kuasa yang besar. Tetapi mereka bersembunyi dan hanya akan keluar sekiranya terjadinya 'Malaysian Spring'. Malah Anwar tidak tahu perkara ini).

Perdana Menteri Abdullah, bagaimanapun, tahu perkara ini. Sebab itu beliau memberitahu kepada Ketua Polis Negara untuk menghalang kami. Apa yang sebenarnya memeranjatkan kami adalah polis tidak menyekat kami, malah menghentikan lalu lintas supaya kami boleh memenuhi jalan. Malah, isteri saya, Marina, turut berkata bahawa Tuhan sedang melindingi kami.

Selebihnya, sebagaimana yang mereka katakan, telah didokumenkan. Selepas Bersih kita mengadakan perhimpunan Hindraf pada bulan yang sama, yang mana didalangi oleh DAP. Dan saya tahu kerana saya bercakap dengan dalang DAP yang merancang Hindraf tentang strategi untuk diguna pakai - seperti untuk ‘memenuhi’ Batu Caves, yang mana hanya segelintir sahaja orang yang tahu mengenainya sehingga tengah malam pada malam acara tersebut.

(Ia tidak mungkin boleh diadakan secara spontan, seperti yang ramai fikirkan, jika media dan jurukamera telah pun menunggu di Batu Caves pada jam 3 pagi sebelum perarakan tiba pada jam 5).

Kemudian, selepas semua ini, kita mempunyai pilihan raya umum Mac 2008 bersejarah, yang menghantar gelombang kejutan melalui kerajaan. Abdullah, Umno dan Barisan Nasional tidak tahu apa yang melanda mereka. Apabila kita mengumumkan pada minggu-minggu yang membawa kepada pilihan raya umum bahawa pembangkang akan menang lima negeri dan 80-90 kerusi parlimen kita tahu apa yang kita sedang cakapkan.

Adakah anda masih ingat bahawa Tun Daim Zainuddin juga mengumumkan perkara yang sama? Sebenarnya beliau mengumumkannya selepas kami melakukannya (dan bukan sebelum kami melakukannya) dan beliau mengumumkannya kerana itu adalah arahan Mahathir. Mahathir tahu Pulau Pinang akan jatuh kerana beliau bercakap dengan orang Cina dan memberitahu mereka untuk memastikan bahawa Pulau Pinang jatuh. Pulau Pinang adalah pusat operasi Abdullah, jadi beliau memerlukan Pulau Pinang jatuh untuk Abdullah jatuh.

Tiga bulan kemudian, pada 28 Jun 2008, Mohammad Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa bahawa Anwar telah meliwatnya secara paksa.

Pada 29 Jun, Anwar berlindung di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur, dan meninggalkan kedutaan itu pada hari berikutnya selepas polis memberi jaminan kepadanya untuk keselamatannya.

Pada 16 Julai, Anwar telah ditahan dan didakwa kerana meliwat (turut dikenali sebagai Liwat 2).

Anwar kemudian melancarkan kempen '16 September 'beliau dengan harapan bahawa Abdullah akan panik dan akan memberitahu polis untuk menggugurkan pertuduhan liwat itu. Kempen '16 September' itu sepatutnya menjadi hari di mana Barisan Nasional jatuh disebabkan oleh 30 ahli Parlimen mereka yang berhijrah ke Pakatan Rakyat - di mana Anwar memasuki Putrajaya dan mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Pada masa itu saya sudah dalam tahanan di Kamunting dan isteri saya, Marina, ingin tahu sama ada untuk menunggu untuk 16 September 2008 itu – di mana Perdana Menteri yang baru akan melepaskan saya daripada tahanan - atau sama ada untuk mencari pilihan lain.

Jadi Marina bercakap dengan salah satu daripada orang dalam Anwar dan beliau memberitahunya '16 September’ hanyalah satu muslihat dan tidak akan berlaku. Anwar hanya mahu menakutkan Abdullah untuk cuba untuk mendapatkannya untuk menggugurkan pertuduhan liwat.

Marina datang ke Kamunting untuk melihat saya dan beritahu saya mengenai perbualan beliau dengan Datuk ini. '16 September’ tidak akan berlaku, jadi jika saya mahu keluar dari Kamunting, Marina perlu membawa kes ini ke mahkamah Shah Alam. Marina berbuat sedemikian dan mahkamah memutuskan penahanan saya adalah melanggar undang-undang dan mengarahkan pembebasan saya.

Tidak lama selepas itu saya meninggalkan negara ini - berdasarkan nasihat dari orang dalam bahawa mereka akan mencari saya lagi, dan kali ini saya akan ditahan sekurang-kurangnya lapan tahun - sama seperti Yazid Sufaat (yang saya kenal secara peribadi) dan Nik Mohamad Abduh (anak Nik Abdul Aziz, Menteri Besar PAS Kelantan ketika itu).

Saya meninggalkan Malaysia tengah malam Sabtu dengan bot, tiba di Thailand pada hari Ahad, dan pada Isnin 23 Februari 2009, mereka datang ke rumah saya untuk menahan saya dan mendapati rumah itu kosong. Mereka berkhemah selama tiga hari di luar rumah saya dan menyoal semua jiran-jiran saya tetapi tiada siapa yang boleh memberitahu mereka apa-apa. Tiga bulan kemudian barulah mereka mendapat tahu di mana saya berada, tetapi pada masa itu mereka tidak lagi dapat menyentuh saya.

(Sehingga kini Bukit Aman masih tidak tahu bagaimana saya mendapat tahu bahawa mereka mencari saya dan berjaya keluar hanya 32 jam sebelum mereka datang kepada saya).

Sementara itu, Anwar sedang melawan pertuduhan liwat beliau dan satu-satunya pertahanan yang beliau ada adalah alibi bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh beliau didakwa meliwat Saiful. Anwar akan memanggil 12 saksi untuk menyokong alibinya, isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan pemilik kondo itu, di antara mereka.

Jadi ia akan menjadi kenyataan Saiful menentang kenyataan 12 saksi.

Kemudian polis memberitahu pasukan pembelaan Anwar bahawa mereka mempunyai rakaman CCTV dari kamera keselamatan di mana garis masa menunjukkan Anwar dan Saiful kedua-dua memasuki kondo itu dan meninggalkan satu jam atau lebih kemudian.

Jadi, seperti apa yang orang Melayu akan katakan: Kantoi. Burn! 12 saksi itu tidak lagi dapat memberi keterangan dan menyokong alibi Anwar. Pada pertengahan 2010, saya bercakap dengan Datuk itu (yang memberitahu Marina mengenai muslihat '16 September') semasa kami bertemu di London dan saya bertanya kepadanya sama ada Anwar akan terlepas dari penjara. Beliau memberitahu saya tidak mungkin Anwar akan terlepas. Beliau bersalah dan akan dipenjarakan.

Kemudian pada tahun yang sama (lewat 2010), saya bertemu dengan Anwar di London. Apabila saya memberitahunya perkara-perkara tertentu, yang mana beliau tidak suka untuk mendengar (jangan tanya saya apa, tetapi satu hari saya mungkin akan menulis tentang hal itu), beliau amat kecewa dengan saya. Itulah titik di mana Anwar dan saya berpisah - atau pun dia begitu marah dengan saya sehinggakan dia tidak mahu apa-apa kaitan dengan saya.

Anwar enggan menerima kenyataan bahawa beliau akan kalah kes itu dan kemudian beliau akan dipenjarakan. Dan jika anda beritahu beliau hal ini beliau akan mengamuk.

Jadi, tidak, saya tidak berpaling daripada Anwar pada tahun 2010, seperti ramai yang percaya. Beliau yang berpaling dari saya. Dan beliau juga berpaling dari ramai orang lain, seperti Datuk yang saya katakan di atas, ditambah dengan beberapa Datuk yang lain yang telah memberitahu saya perkara yang sama, hanya sebulan selepas kami bertemu.

Anwar tidak dapat menerima kebenaran. Beliau hanya mahu mendengar apa yang beliau suka, walaupun ia adalah satu pembohongan. Dan orang-orang seperti itu tidak boleh memimpin negara. Negara ini akan jatuh merudum.

Apabila Anwar akhirnya menerima kenyataan bahawa beliau akan kalah kes itu dan akan dipenjarakan, pada 9 Julai 2011 Anwar menganjurkan Bersih 2.0. Jika sekiranya acara Julai 2011 adalah Bersih 2.0, ini bermakna acara November 2007 adalah Bersih 1.0.

Tetapi itu bukanlah yang sebenarnya. Bersih November 2007 adalah satu acara berasingan dan hanya mengenai satu perkara, iaitu reformasi pilihan raya. Bersih ‘2.0’ adalah satu percubaan yang terdesak oleh Anwar untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya beliau dibebaskan jika tidak mahu melalui ‘Malaysian Spring'. Bersih 2.0 bertujuan untuk menakutkan Najib supaya menyelamatkan Anwar dari dipenjarakan.

Pada 9 Januari 2012, hampir dua tahun selepas perbicaraan bermula, hakim mendapati Anwar tidak bersalah. Jadi Bersih 2.0 berkesan, atau itulah yang Anwar fikirkan. Walau bagaimanapun, pada 20 Januari 2012, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap pembebasan Anwar. Jadi Anwar kini kembali ke mahkamah dan bukannya dibebaskan.

Pada 28 April 2012, Anwar telah menganjurkan Bersih 3.0.

Bolehkah anda melihat coraknya di sini dan bolehkah anda melihat apa tujuan sebenar Bersih? Jika anda fikir ia adalah mengenai reformasi pilihan raya maka anda lebih bodoh daripada yang disangkakan. Ia hanyalah cubaan untuk membebaskan Anwar dari penjara, tidak lebih dan tidak kurang.

Tetapi sekarang Bersih mempunyai pesaing, kumpulan Baju Merah. Adakah Umno dalang di sebalik Baju Merah? Menurut Rafizi Ramli, tidak! Rafizi berkata, "Beliau (Jamal) adalah badut terbesar dalam Umno dan setiap hari, pemimpin-pemimpin Umno sakit kepala memikirkan bagaimana untuk berurusan dengan badut ini, yang semakin menjengkelkan."

Ya, Rafizi berkata malah Umno sakit kepala memikirkan bagaimana untuk berurusan dengan kumpulan Baju Merah itu. Jadi, menurut Rafizi, Umno juga tidak terlalu gembira dengan mereka. Jadi bagaimana Umno boleh menyokong mereka? Jadi mari kita lihat siapa yang akan menang pada 19 November 2016 - baju kuning dari Kempen Bebaskan Anwar atau baju merah?


Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/anwar-destroyed-bersih/

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA