'Animazing Race' 30 Oktober Ini


Kuching : Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA) bakal menganjurkan “Animazing Race, Run For Good Cause” pada 30 Oktober 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK)..

Presiden SSPCA, Datin Dona Drury Wee berkata, penyertaan adalah terhad kepada 1,200 orang peserta sahaja dan borang penyertaan boleh didapati di semua cawangan Lea Sport Centre.

"Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Oktober 2016 dan 'race pack’ boleh di ambil pada 27 dan 28 Oktober di Plaza Merdeka sekitar jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

"Sasaran kami untuk penganjuran kali ini adalah dalam lingkungan 800 ke 1,000 penyertaan. Sehingga hari ini, sekitar 400 borang penyertaan telah diterima,"katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh kategori yang akan dipertandingkan dengan yuran pendaftaran sekitar RM50 ke RM60 mengikut kategori.

"Aktiviti dijadualkan bermula seawal jam enam pagi dan peserta bagi kategori ‘Wiggle Waggle walk/family run’ dibenarkan untuk membawa haiwan peliharaan masing-masing,"

Dona turut menjelaskan objektif utama penganjuran ‘Animazing Race, Run For Good Cause’ adalah untuk mengutip dana bagi membantu SSPCA memelihara anjing dan kucing terbiar yang berada dalam jagaan mereka dan membantu pihak SSPCA mengawal pembiakan mereka yang masih terbiar. - Sarawakiana



No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA