• Anggota Polis Sarawak Perlu Aktif Bersukan

    Published: Saturday, 8 October 2016
    A- A+

    KUCHING: Semua anggota polis disaran terus aktif dalam aktiviti sukan bagi meningkatkan kecergasan fizikal dan kesihatan mereka.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, aktiviti sukan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal setiap pasukan keselamatan sekaligus bertepatan dengan ungkapan minda cerdas terletak pada tubuh yang sihat.

    “Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari pihak pucuk pimpinan amnya telah merangka pelbagai aktiviti sukan agar anggota dan pegawai dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Pelbagai program kesihatan juga telah dijalankan bagi membudayakan amalan hidup sihat,’ katanya ketika ditemui pemberita dalam sidang media selepas majlis sambutan Hari Sukan negara(HSN) diadakan hari ini.

    Mazlan juga memberitahu setiap anggota diharap sentiasa aktif dalam sukan kerana ia juga memainkan peranan penting bagi melahirkan anggota yang sihat, cergas dan produktif sekali gus memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial.

    Malah ia juga dapat memperbaiki indeks jisim badan (BMI) anggota yang kini menjadi antara syarat untuk kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

    Terdahulu, beliau menyempurnakan simbolik sambutan hari Sukan negara peringkat PDRM Kontinjen Sarawak di padang kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang dihadiri seramai lebih kurang 400 orang anggota IPK Sarawak serta kakitangan awam dan ahli keluarga masing-masing.-Sarawakiana





  • No Comment to " Anggota Polis Sarawak Perlu Aktif Bersukan "