Anak Kucing Terperangkap Dalam Lubang Tandas


GOPENG: Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam lubang tandas di sekolah di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.40 petang itu, kucing berkenaan ditemui terperangkap dalam lubang tandas berkenaan oleh pelajar sekolah sebelum pihak sekolah menghubungi bomba untuk mengeluarkan haiwan berkenaan.

Jurucakap BBP Gopeng berkata, pihaknya yang menerima panggilan bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba mendapati anak kucing berkenaan masih terperangkap di dalam satu lubang tandas.

"Kerja-kerja menyelamat dijalankan bagi mengeluarkan anak kucing itu menggunakan alatan khas sebelum anak kucing itu dikeluarkan kira-kira 45 minit kemudian.

"Anak kucing berkenaan yang dikeluarkan dengan selamat dilepaskan dan operasi ditamatkan 4.40 petang," katanya.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA