Anak Buaya "Jenguk" Rumah


SIBURAN: Sebuah keluarga gempar dengan ‘kehadiran’ seekor anak buaya di rumah mereka disini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 8.20 malam tadi di Kampung Masa’an, ahli keluarga tersebut terkejut dengan kehadiran reptilia berkenaan di bahagian dapur rumah mereka.

Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka terus menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan menangkap reptilia berkenaan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.26 malam dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi sejurus laporan diterima.

"Setibanya di lokasi pada jam 8.40 malam, anggota kami menemui seekor anak buaya di ruang dapur rumah berkenaan.

"Kami menggunakan penjerut ular untuk menangkapnya sebelum mengikatnya," katanya.

Reptilia terbabit kemudian diserahkan kepada Sarawak Forestry.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA