AMD2016 : Leez Zwita Letak Harapan Tinggi Lagu 'Ukai Antah Di Pilih Nuan'


KUCHING : Lagu Ukai Antah Di Pilih Nuan menjadi siulan anak muda kini serta mengangkat nama Leez Zwita selama lima tahun mencebur diri dalam industri muzik tempatan.

Penyanyi yang berusia 24 tahun ini telah dicalonkan sebanyak dua kali dalam anugerah muzik dayak tempatan sejak 2014.

Menurut Leez, beliau tidak menyangka dan rasa bersyukur bahawa Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) beliau tercalon sekali lagi.

"Mengikut apa yang telah saya lihat dalam page AMD2016, lagu Gerah Mata Undang dicalon sebagai Anugerah Lagu Paling Popular.

"Lagu Ukai Antah Di Pilih Nuan telah dipohon untuk tercalon dalam empat kategori iaitu Vocal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Terbaik dan Cover Album Terbaik," katanya kepada Sarawakiana.

Menurut Leez lagi, beliau belum pasti lagu dan kategori mana beliau tercalon dan kenyataan ini berdasarkan apa yang tercatit dan telah dipohon serta belum diberitahu secara detail.

"Pada anugerah kali ini, saya berharap dapat menang salah satu anugerah kerana pada pencalonan AMD2014 saya gagal untuk mencapai kemenangan.

"Lagu Ukai Antah Di Pilih Nuan menaruh harapan yang tinggi untuk memenangi anugerah jika seandainya tercalon," ujarnya.

Leez Zwita turut menggesa peminat beliau agar membeli hasil karya seni original agar sama-sama membantu perkembangan industri muzik Dayak tempatan serta menyokong penuh artis tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA