AMD2016 : Lagu 'Sepenuh Nyawaku' Melissa Francis Tercalon Lagu Paling Popular



KUCHING : Siapa tidak kenal Melissa Francis yang telah menempah nama dalam industri muzik tempatan sejak sekian lama.

Melissa Francis sudah merakam lapan buah album solo sejak bergiat aktif dalam industri muzik 13 tahun yang lalu.

Album terbaru beliau telah mendapat sambutan di mana lagu bertajuk 'Sepenuh Nyawaku' telah tercalon sebagai lagu paling popular dalam Anugerah Muzik Dayak (AMD) anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) yang akan dilangsungkan pada penghujung Oktober ini di BCCK Kuching.

Sejak menceburi bidang ini, beliau telah menerima berbagai anugerah ketika masih lagi anugerah DAMA sebelum ditukar kepada anugerah muzik Dayak.

Antara anugerah yang beliau perolehi ialah Female Best Dress DAMA 2008. Pada tahun 2008 beliau telah dinobatkan sebagai Artis Wanita Terbaik DAMA. Pada tahun 2012 beliau dinobat sebagai Artis Wanita Terbaik AMD dan Artis Balada Terbaik AMD.

Lagu 'Sepenuh Nyawaku' yang telah digubah sepenuhnya oleh adik beliau sendiri Hairee Francis menjadikan lagu tersebut begitu hangat mendapat sambutan daripada peminat beliau sehingga tercalon pada anugerah AMD pada tahun ini.

Menurut beliau, semua calon menginginkan kemenangan tetapi ia terserah kepada rezeki masing-masing.

Melissa turut berterima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan mengundi lagu tersebut dan peminat terus mengundi lagu tersebut melalui applikasi AMD2016 di media sosial.

Beliau turut menasihati agar peminat muzik tempatan membeli CD/VCD/DVD yang asli hasil rakaman artis-artis tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA