AMD2016 : Lagu 'Mengkang Dalam Ati' Naikkan Nama Jessica Ramaya




KUCHING : Penyanyi wanita Iban yang berasal dari Pakan, Jessica Ramaya telah tercalon dalam Anugerah Muzik dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) yang akan berlangung pada penghujung Oktober ini.

Jessica telah melahirkan dua buah album sepanjang empat tahun beliau terlibat dalam industri muzik tempatan.

Menurut Jessica, beliau belum pernah memangi apa-apa anugerah walaupun sudah dua kali beliau dicalonkan dalam AMD.

Tahun ini lagu beliau mendapat pencalonan sekali lagi dalam kategori lagu terbaik menerusi lagu ' Mengkang Dalam Ati'.

Lagu tersebut adalah hasil ciptaan beliau sendiri dan syarikat rakaman yang beliau bernaung, Oliver Christy Henry.



Jessica turut mengharapkan ada rezeki daripada lagu yang dicalonkan dan pada sama berserah kepada Tuhan yang menentukan.

Dengan rasa rendah diri Jessica mengucap berbanyak terima kasihkepada peminat beliau dan tanpa peminat siapalah beliau pada hari ini.

Jessica turut menasihati agar peminat muzik Dayak membeli VCD original dan bekerjasama menentang aktiviti cetak rompak dan datanglah beramai-ramai ke anugerah tersebut nanti.-Sarawakiana

1 comment:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA