AMD2016 : Lagu 'Karam Ba Ati' Di Calon Dua Kategori



KUCHING : Artis Iban yang sedang meningkat naik Karen Libau mendapat dua pencalonan dalam Anugerah Muzik Dayak 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) yang akan berlangsung pemhujung Oktober ini.

Lagu 'Karam Ba Ati' dicalonkan dalam kategori Lagu Baru Paling Popular dan Vocal Terbaik.

Menurut Karen, beliau memang berharap akan mendapat kejayaan menerusi lagu tersebut dan berserah kepada keadaan.

"Siapa yang tidak menginginkan sebuah kemenangan tetapi bukan mudah untuk menang kerana calon-calon lain mempunyai kelebihan dan telah bergiat lama dalam industri muzik tempatan.

"Walaupun masih baru dalam industri ini, saya akan memberi yang terbaik untuk peminat-peminat saya dan berterima kasih kepada peminat kerana tanpa peminat siapalah saya pada hari ini," katanya kepada Sarawakiana.

Sebelum itu Karen menyatakan bahawa beliau telah menyanyi sejak belasan tahun yang lalu dan menjadi artis rakaman bermula pada tahun 2014.

Lagu Karam Ba Ati menaikkan nama karen sebaris dengan artis berpengalaman Sarawak dan beliau sering mendapat tempahan untuk mengadakan persembahan di pentas hiburan tempatan.

Karen sempat berpesan kepada peminat diluar sana agar sentiasa membeli CD, VCD dan DVD asli sebagai tanda sokongan kepada perjuangan artis-artis tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA