AMD2016 : Lagu 'Gambar Damba' Taruhan Dr Alim Impira

KUCHING: Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) turut menyenaraikan artis-artis Bidayuh sebagai calon-calon yang akan menerima anugerah dalam kategori masing-masing.

Dr Alim Impira salah seorang artis Bidayuh yang telah terlibat begitu lama dalam industri muzik tempatan.

Beliau telah memulakan karier sebagai penyanyi sejak menuntut di Universiti Utara Malaysia sejak era 80' an lagi.

Sejak dari itu beliau terus aktif menyanyi sehingga merakam album solo dibawah naungan Spitfire Studio.

Setakat ini beliau telah menghasilkan lima buah album lagu Bidayuh dan sambutan agak menggalakkan namun ia belum lagi memuaskan hati beliau.

Beliau menyatakan bahawa pasaran lagu Bidayuh terlalu kecil dan tidak seperti pasaran lagu Iban. Namun begitu beliau berusaha untuk meningkatkan lagi lagu Bidayuh ke peringkat yang lebih tinggi agar semua bangsa menggemari lagu Bidayuh.

Alim berkata, Lagu ' Gambar Damba' tercalon dalam kategori Album Bidayuh Terbaik pada AMD kali ini.

Belia menyatakan tidak meletak harapan yang terlalu tinggi dan berharap lagu tersebut akan terus mendapat sambutan ramai.

Alim turut menasihati peminat muzik tempatan untuk membeli CD yang asli dan terus menyokong industri muzik tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA