AMD2016 : Lagu 'Bujang Sebuyau' Terserah Pada Nasib



KUCHING : Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association yang akan berlangsung pada 29 Oktober ini turut mencalon Lagu 'Bujang Sebuyau' dalam kategori lagu paling popular.

Veronica Natasha atau lebih popular dengan nama Shasa Julian melahirkan rasa bersyukur apabila mengetahui lagu beliau turut tercalon.

"Memang tidak dapat dinafikan merasa terlalu gembira apabila lagu telah tercalon dalam AMD2016.

"Lagu Bujang Sebuyau digubah sepenuhnya oleh komposer Robert Bell," katanya kepada Sarawakiana.

Beliau berkata, lagu Genselan Pengerindu Nuan yang digubah oleh komposer terkenal Matthius Mambang Bajang dan Jesly Jabu turut tercalon dalam kategori lagu terbaik.

"Apa yang saya ketahui, saya turut tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik, Cover Album Terbaik dan Album Terbaik pada anugerah kali ini.

"Saya tidak menyangka akan tercalon sebegini banyak anugerah sejak enam bulan bergelar artis rakaman dalam industri muzik tempatan," ujarnya.

Menurut Shasa, beliau amat bersyukur dan hanya berserah kepada nasib dan jika tidak berjaya merangkul anugerah, beliau berharap peminat terus menyokong beliau selagi beliau masih menghiburkan peminat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA