AMD2016 : Boy K Limousine Antara Yang Tercalon.

KUCHING : Pada asalnya K Limousine adalah sebuah kumpulan muzik tempatan yang telah bergiat dalam industri hiburan tempatan diawal penglibatan dalam industri sejak tahun 2000.

Kini hanya Boy K Limousine bergerak secara solo apabila ahli kumpulan berpecah disebabkan komitmen masing-masing.

Menurut Boy ketika ditemui Sarawakiana, beliau telah merakam satu album bersama K Limousine dan secara solo beliau telah merakam satu album dan satu album kompilasi bersama Karen Libau.

Pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 ini, lagu 'Pelandai Jaku Karung' dicalonkan dalam kategori lirik terbaik.

Lagu tersebut telah digubah oleh komposer adik beradik yang terkenal Matthius Mambang dan Jesley Jabu.

Boy turut berharap pencalonan lagu tersebut akan menghasilkan sesuatu yang terbaik dari anugerah tersebut dan merintis sesuatu usaha yang lebih gigih untuk mengangkat martabat muzik Dayak tempatan.

Boy juga berharap agar peminat membeli yang asli hasil karya penggiat seni tanahair khususnya muzik Dayak. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA