AMD2016 : Anugerah Muzik Paling Berprestij Di Sarawak


Anugerah Muzik Dayak (AMD) 2016 anjuran Dayak Artist Music Association (DAMA) adalah platform bagi menghargai karya-karya muzik tempatan.

Penganjuran kali ini adalah kali ke empat dalam sejarah anugerah muzik Dayak yang sebelum ini mempunyai konsep berbeza dan hanya dikenali sebagai DAMA.


Sejak nama ditukar kepada anugerah muzik Dayak pada tahun 2010, ramai penyertaan artis-artis tempatan mencalonkan lagu dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

Sambutan semakin meningkat dan hasil karya seni semakin bermutu tinggi. Ramai artis baru muncul dan keterlibatan mereka di persada muzik mendapat sambutan hangat daripada peminat.


Dengan berubah konsep penganugerahan, para pencipta karya seni semakin bertambah kreatif serta mampu berdiri sama tinggi dengan komposer di negara ini.

Pada 2016 ini, anugerah tersebut layak dinobatkan sebagai anugerah paling berprestij di Sarawak kerana konsep penganugerahan hampir menyamai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Industri Muzik (AIM) di Malaysia.

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA