AMD2016 : 11 Pencalonan Anugerah Buat Masterpiece


KUCHING: Band Rock tempatan Masterpiece yang semakin popular di kalangan peminat muzik Sarawak telah mendapat 11 pencalonan dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Masterpiece yang terdiri daripada Willy Edwin (Gitar Utama), Kennedy Edwin (Gitar dan vocal kedua), Marcus (Bass), Depha (Penyanyi Utama dan komposer), Harold Vincent (Drummer), Valentine (Keyboard) dan Roslee Kadir (Keyboard) telah mencipta nama di persada muzik tempatan sebagai sebuah band rock yang cukup terkenal pernah dinobatkan sebagai Artis Rock Terbaik pada AMD2014 yang lepas.

Masterpiece telah menerima 9 anugerah muzik tempatan sejak daripada 2010 sehingga kini. Kumpulan ini juga telah menerima anugerah Carta Sapa Juara Wai FM dengan merangkul anugerah Juara Lagu 2016 menerusi lagu Ngarapka Nuan Nikal Pulai.

Menurut Willy yang ditemuramah Sarawakiana, pada tahun 2016 ini, mereka telah tercalon dalam 11 kategori Anugerah Muzik Dayak 2016 (AMD) anjuran Dayak Artist Music Association yang akan berlangsung pada penhujung Oktober ini.

Antara pencalonan yang mencalonkan Masterpiece ialah Album Terbaik, Lagu Terbaik (Iban) Ngarapka Nuan Nikal Pulai, Vocal Duo/Berkumpulan terbaik menerusia lagu Siku Dalam Seribu, Video Muzik Terbaik menerusi lagu Nuan Enggau Aku.

Turut tercalon ialah kategori Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Ngarapka Nuan Nikal Pulai, Kulit Album Terbaik, Lirik Lagu Terbaik menerusi lagu Anak dan Lagu Balada Terbaik juga menerusi lagu Anak.

Pencalonan anugerah seterusnya turut melibatkan Lagu Rock Terbaik menerusi lagu Berani Mati, Lagu Paling Popular mengikut pengundian media masa dan Facebook dan Anugerah Khas DAMA.

Willy berharap agar kemenangan kali ini sekali lagi berpihak kepada Masterpiece dan menyeru agar peminat terus berjuang menyokong Masterpiece untuk terus mengembangkan muzik rock tempatan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA