Alat Sulit Tersangkut Dalam Botol, Terpaksa Dipotong


GARA-GARA mencari ‘keseronokan’ dengan menggunakan botol sebagai bahan seks, seorang lelaki kehilangan alat sulitnya yang terpaksa dipotong oleh doktor selepas ia tersangkut di dalam botol tersebut selama empat hari.

Lelaki yang berusia 50 tahun itu, telah dikejarkan ke hospital di Honduras selepas alat sulitnya bertukar hitam dan reput.

Difahamkan lelaki itu berbuat demikian untuk memenuhi nafsu syahwatnya memandangkan dia tidak mempunyai isteri atau teman wanita.

Namun malangnya botol tersebut gagal ditanggalkan.

Pembedahan memotong alat sulitnya itu dilakukan oleh Dr. Dennis Chirinos yang turut menyifatkan kes berkenaan sebagai ‘pelik’ tetapi mengakui pernah menyaksikan insiden sama sebelum ini.

Susulan keadaan itu juga, doktor memaklumkan lelaki itu tidak akan dapat melakukan seks lagi namun dia masih boleh kencing seperti biasa.

Lelaki terbabit dilaporkan tidak mendapatkan rawatan lebih awal sebaliknya hanya ke hospital selepas alat sulitnya bertukar hitam.

“Dia memasukkan alat sulitnya di dalam botol dan ini memaksa kita memotong keseluruhan alat sulitnya,” kata doktor.

Meskipun malu dengan kejadian itu namun doktor berkata, lelaki terbabit sepatutnya mendapatkan rawatan lebih awal selepas dia gagal menarik keluar alat sulitnya dari botol tersebut.

Dalam pada itu doktor turut mengingatkan kaum lelaki supaya memastikan alat sulit mereka bersih bagi melindunginya daripada jangkitan. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA